30 December 2013

Adab

salam,
ADAB
sangat penting.

kali ni aku nak kongsi adab menjawab dan membuat panggilan telefon,
serius aku cukup tak suka kalau bila orang yangjawab panggilan tak bagi / jawab salam,
sungguh aku tak suka..

situasi : aku call seseorang
aku : assalamualaikum, kau kat mana tu?
them : hah, nape?

macam tu je dia jawab
dari aku nak tanya khabar terus sakit hati

so, aku terus cepat2 bagi salam dan letak panggilan tu..

kalau kita nak orang berbaik dengan kita walau sepatah ayat atau perbuatan,
kita kena fikir kelakuan kita juga,
ni nak harapkan orang lain hormat kita, 
tapi kita langsung tak hormat orang lain,
tak guna juga kan.


Dua Jadi Satu

salam,
di kala kerja tak siap-siap lagi, 
sempat juga aku merapu dalam blog ni,
hehe

in sha allah, 
tak lama lagi,
dia akan jadi milik aku

:-)

seluar jeans tu sebagai latar belakang

semoga ALLAH berkati segalanya.
AMIN..



25 December 2013

Bila umur meningkat, kesihatan sangat penting.

salam,
 bila tugasan menimbun memang membataskan aku menulis dalam blog aku ni. actually, aku dah try supplement dari Shaklee ni. alhamdulillah, memang result dia bagus. dulu aku sekadar nak cuba-cuba je sebab tengok roomate aku dok makan macam best je. so, aku pun try. aku ambil ESP dengan Vitamin C. tujuannya nak bagi sihat di samping nak kulit cantik. baru seminggu aku amalkan memang ada perubahan dah. bila bangun pagi kulit tak berminyak macam dulu. ada classmate aku pun ada cakap 'mira makin comel'. akak tu tipu kot. sebab dari dulu aku comel, dia je baru perasan..hahahahaha

sekarang ni aku ada tabiat baru, bila minum ESP, bila dah dekat-dekat nak habis minum tu, dalam anggaran satu sudu lebihan yang aku minum tu, aku sapu dekat muka. biar dalam 15 minit lepas tu cuci.             HEAVEN.
hehehe







aku sedar, bila umur makin meningkat kita sangat memerlukan supplement untuk kesihatan. tak salah kita amalkan tapi jangan terlalu taksub dengan semua benda tu. amalkan secara bersederhana sudah. supplement yang paling penting untuk kita adalah amal ibadah kita dengan ALLAH. 

bersangka baik, merapatkan hubungan silaturrahim, beribadah dengan ikhlas, IN SHA ALLAH
kesihatan kita secara tak langsung turut terjamin. 

yang ni peneman aku di kala tersangat sibuk

19 disember hari tu aku ke Langkawi, semangat ponteng kelas sebab nak teman adik aku ambik result dia, ALHAMDULILLAH, berkat usaha dia dapat la 8A. aku bangga sungguh dekat adik aku sorang ni, nampak je malas tapi result straight A. lepas ni tunggu SPM pulak. harap dia boleh capai cita-cita nak ke Perancis. 








24 October 2013

Penawar

salam, 
pernah tak korang mengalami situasi yang sukar sampai membuatkan anda tidak dapat memikirkan apa-apa pun?
ya ALLAH..
aku pernah alami situasi tersebut
sampai aku terdiam dan tidak memberi respon kepada semua orang
bukan tidak peduli tapi tidak tahu untuk membalas walau sepatah kata

aku tak kuat
semua orang tengok aku suka gelak, nampak gedik (kadang-kadang)
tapi aku tak boleh duduk sorang-sorang

ALLAH Maha Besar
saat aku mengalami waktu-waktu getir
Dia hantar wakil untuk menjadi penawar 

situasi 1 :
nak beli tiket untuk balik ukm
aku pergi stesyen keretapi
tiket habis
aku tak putus asa
pergi pulak stesyen bas
tiket pun habis jugak
tiba-tiba ada hamba ALLAH datang
dia cancel tiket dia
(waktu dengan tarikh serta lokasi sama dengan kehendak aku)
terus aku beli
ALHAMDULILLAH

situasi 2 :
pemberian dan pertolongan aku dekat orang lain tak seberapa
tapi ALLAH balas dengan balasan yang membuatkan aku terkesan dengan kebesaranNya
ALLAH mudahkan semua urusan aku
ALHAMDULILLAH

situasi 3 :
21 oktober 
aku rasa lonely
jauh dari famili
ingat waktu di usm dulu
tiap kali birthday aku
mesti ayah hantar makan untuk makan ramai-ramai dengan sahabat aku
tapi sekarang tak dapat lagi
ayah sakit
ALLAH Maha Besar
aku ada sahabat yang sokong dan doakan aku
dapat wishes walaupun dah lepas dua hingga 3 hari
bagi kek (terima kasih roomate)
bawa jalan-jalan (terima kasih wahai kekasih)
sepanjang minggu ni juga aku murah rezeki
rezeki yang tak terjangka
ALLAH tahu segala kesulitan aku
ALHAMDULILLAH
ALLAH adalah penawar aku dunia akhirat







09 October 2013

Lebih dan kurangnya dalam hidup


the main key is POSITIVE

jangan hiraukan kata-kata orang yang berusaha untuk menjatuhkan kita
stay by your own principe
jangan asyik nak jadi seperti orang lain
jadi diri sendiri
terima kelebihan dan kekurangan diri
INSYAALLAH 
the RIGHT will coming soon
dont give up and keep trying and trying


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...