24 October 2013

Penawar

salam, 
pernah tak korang mengalami situasi yang sukar sampai membuatkan anda tidak dapat memikirkan apa-apa pun?
ya ALLAH..
aku pernah alami situasi tersebut
sampai aku terdiam dan tidak memberi respon kepada semua orang
bukan tidak peduli tapi tidak tahu untuk membalas walau sepatah kata

aku tak kuat
semua orang tengok aku suka gelak, nampak gedik (kadang-kadang)
tapi aku tak boleh duduk sorang-sorang

ALLAH Maha Besar
saat aku mengalami waktu-waktu getir
Dia hantar wakil untuk menjadi penawar 

situasi 1 :
nak beli tiket untuk balik ukm
aku pergi stesyen keretapi
tiket habis
aku tak putus asa
pergi pulak stesyen bas
tiket pun habis jugak
tiba-tiba ada hamba ALLAH datang
dia cancel tiket dia
(waktu dengan tarikh serta lokasi sama dengan kehendak aku)
terus aku beli
ALHAMDULILLAH

situasi 2 :
pemberian dan pertolongan aku dekat orang lain tak seberapa
tapi ALLAH balas dengan balasan yang membuatkan aku terkesan dengan kebesaranNya
ALLAH mudahkan semua urusan aku
ALHAMDULILLAH

situasi 3 :
21 oktober 
aku rasa lonely
jauh dari famili
ingat waktu di usm dulu
tiap kali birthday aku
mesti ayah hantar makan untuk makan ramai-ramai dengan sahabat aku
tapi sekarang tak dapat lagi
ayah sakit
ALLAH Maha Besar
aku ada sahabat yang sokong dan doakan aku
dapat wishes walaupun dah lepas dua hingga 3 hari
bagi kek (terima kasih roomate)
bawa jalan-jalan (terima kasih wahai kekasih)
sepanjang minggu ni juga aku murah rezeki
rezeki yang tak terjangka
ALLAH tahu segala kesulitan aku
ALHAMDULILLAH
ALLAH adalah penawar aku dunia akhirat







09 October 2013

Lebih dan kurangnya dalam hidup


the main key is POSITIVE

jangan hiraukan kata-kata orang yang berusaha untuk menjatuhkan kita
stay by your own principe
jangan asyik nak jadi seperti orang lain
jadi diri sendiri
terima kelebihan dan kekurangan diri
INSYAALLAH 
the RIGHT will coming soon
dont give up and keep trying and trying


23 February 2013

Dulu US sekarang UK

Riak tak aku punya post title?  macam poyo je kan. tapi ini realiti. aku selangkah lagi ke depan dalam menuntut ilmu. sebabnya, aku gagal dalam pekerjaan sedih   eh, tak la...mesti ada hikmah di sebalik kejadian yang ALLAH aturkan. di sini aku pasrah redha.  : )

Dulu konon-konon lepas dapat degree bajet dapat kerja terus, tapi cuba punya cuba, hantar resume sana sini, pergi interview merata-rata, aku still tak ada rezeki dalam pekerjaan aku tak pilih kerja tau .



agaknya macam ni la graduate dok line up cari kerja

ayah terus kesian  menyampah tengok aku sebab dok goyang kaki je kat rumah and then ayah bagi cadangan,

"kakak sambung master la ye"

aku menjawab, 

"kak letih nak belajaq dah la ayah"tu ayat time undergraduate

"boleh gak noh, tambah ilmu lepas tu boleh tebus frust time degree dulu"

bila bukak permohonan aku terus apply and hasut sorang bestfriend aku untuk apply sekali, luckily she's agree...hoooyyeeaaahhh...

macam-macam cabaran time nak register course, time nak proceed untuk register masuk, akhirnya ALHAMDULILLAH berjaya juga aku jejak kaki di UKM. fyi, aku dulu undergraduate di USM, sebab tu title dia agak international. bajet united kingdom ngan united states.

di sini, aku masih lagi cuba untuk sesuaikan diri dengan UKM ni, tapi, aku puas hati sebab lecturer kat sini semua mesra pelajar. lecturer usm pun baik jugak apa : ) USM di hatiku.

sebenarnya setiap perkara perlu dimulakan dengan niat, jika berniat baik nescaya kita akan berjaya dan sebaliknya. mungkin aku akan mengalami perubahan diri kepada yang lebih baik di sini. day by day i can feel the changes. semoga ALLAH tetapkan hati aku. AMIN.

aku sangat-sangat berterima kasih dekat famili aku especially ayah sebab bagi aku peluang and semangat kat aku untuk sambung belajar....ccrying for a while..

aku sayang mereka




18 May 2012

DIAM


saya manusia biasa
ada hati dan perasaan
tak minta perhatian
hanya perlu dihargai walaupun sedikit

p/s : dah tahu siapa yg boleh jd sahabat @ kawan biasa

09 January 2012

Saya Tak Minta...

saya tak minta dipuji bila ada famili yang kaya..

saya tak minta dipuji bila dapat result gempak...

saya tak minta dipuji bila dapat tawaran belajar kat universiti..

saya tak minta dipuji bila result lebih better dari kawan2 yang lain..

saya tak minta dipuji bila berpakaian cantik...

saya tak minta dipuji bila pakai shawl lain dari orang lain..

saya tak minta dipuji bila mekap lawa2...

saya tak minta dipuji bila lebih menyerlah dari orang lain...

sebab semua itu hanya membuatkan kita riak.....

jadi bersederhanalah dalam semua keadaan...

sesungguhnya..
hanya ALLAH yang layak dipuji...
segala puji bagi ALLAH..
ALHAMDULILLAH..


>_<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...