30 December 2013

Adab

salam,
ADAB
sangat penting.

kali ni aku nak kongsi adab menjawab dan membuat panggilan telefon,
serius aku cukup tak suka kalau bila orang yangjawab panggilan tak bagi / jawab salam,
sungguh aku tak suka..

situasi : aku call seseorang
aku : assalamualaikum, kau kat mana tu?
them : hah, nape?

macam tu je dia jawab
dari aku nak tanya khabar terus sakit hati

so, aku terus cepat2 bagi salam dan letak panggilan tu..

kalau kita nak orang berbaik dengan kita walau sepatah ayat atau perbuatan,
kita kena fikir kelakuan kita juga,
ni nak harapkan orang lain hormat kita, 
tapi kita langsung tak hormat orang lain,
tak guna juga kan.


Dua Jadi Satu

salam,
di kala kerja tak siap-siap lagi, 
sempat juga aku merapu dalam blog ni,
hehe

in sha allah, 
tak lama lagi,
dia akan jadi milik aku

:-)

seluar jeans tu sebagai latar belakang

semoga ALLAH berkati segalanya.
AMIN..



25 December 2013

Bila umur meningkat, kesihatan sangat penting.

salam,
 bila tugasan menimbun memang membataskan aku menulis dalam blog aku ni. actually, aku dah try supplement dari Shaklee ni. alhamdulillah, memang result dia bagus. dulu aku sekadar nak cuba-cuba je sebab tengok roomate aku dok makan macam best je. so, aku pun try. aku ambil ESP dengan Vitamin C. tujuannya nak bagi sihat di samping nak kulit cantik. baru seminggu aku amalkan memang ada perubahan dah. bila bangun pagi kulit tak berminyak macam dulu. ada classmate aku pun ada cakap 'mira makin comel'. akak tu tipu kot. sebab dari dulu aku comel, dia je baru perasan..hahahahaha

sekarang ni aku ada tabiat baru, bila minum ESP, bila dah dekat-dekat nak habis minum tu, dalam anggaran satu sudu lebihan yang aku minum tu, aku sapu dekat muka. biar dalam 15 minit lepas tu cuci.             HEAVEN.
hehehe







aku sedar, bila umur makin meningkat kita sangat memerlukan supplement untuk kesihatan. tak salah kita amalkan tapi jangan terlalu taksub dengan semua benda tu. amalkan secara bersederhana sudah. supplement yang paling penting untuk kita adalah amal ibadah kita dengan ALLAH. 

bersangka baik, merapatkan hubungan silaturrahim, beribadah dengan ikhlas, IN SHA ALLAH
kesihatan kita secara tak langsung turut terjamin. 

yang ni peneman aku di kala tersangat sibuk

19 disember hari tu aku ke Langkawi, semangat ponteng kelas sebab nak teman adik aku ambik result dia, ALHAMDULILLAH, berkat usaha dia dapat la 8A. aku bangga sungguh dekat adik aku sorang ni, nampak je malas tapi result straight A. lepas ni tunggu SPM pulak. harap dia boleh capai cita-cita nak ke Perancis. 








24 October 2013

Penawar

salam, 
pernah tak korang mengalami situasi yang sukar sampai membuatkan anda tidak dapat memikirkan apa-apa pun?
ya ALLAH..
aku pernah alami situasi tersebut
sampai aku terdiam dan tidak memberi respon kepada semua orang
bukan tidak peduli tapi tidak tahu untuk membalas walau sepatah kata

aku tak kuat
semua orang tengok aku suka gelak, nampak gedik (kadang-kadang)
tapi aku tak boleh duduk sorang-sorang

ALLAH Maha Besar
saat aku mengalami waktu-waktu getir
Dia hantar wakil untuk menjadi penawar 

situasi 1 :
nak beli tiket untuk balik ukm
aku pergi stesyen keretapi
tiket habis
aku tak putus asa
pergi pulak stesyen bas
tiket pun habis jugak
tiba-tiba ada hamba ALLAH datang
dia cancel tiket dia
(waktu dengan tarikh serta lokasi sama dengan kehendak aku)
terus aku beli
ALHAMDULILLAH

situasi 2 :
pemberian dan pertolongan aku dekat orang lain tak seberapa
tapi ALLAH balas dengan balasan yang membuatkan aku terkesan dengan kebesaranNya
ALLAH mudahkan semua urusan aku
ALHAMDULILLAH

situasi 3 :
21 oktober 
aku rasa lonely
jauh dari famili
ingat waktu di usm dulu
tiap kali birthday aku
mesti ayah hantar makan untuk makan ramai-ramai dengan sahabat aku
tapi sekarang tak dapat lagi
ayah sakit
ALLAH Maha Besar
aku ada sahabat yang sokong dan doakan aku
dapat wishes walaupun dah lepas dua hingga 3 hari
bagi kek (terima kasih roomate)
bawa jalan-jalan (terima kasih wahai kekasih)
sepanjang minggu ni juga aku murah rezeki
rezeki yang tak terjangka
ALLAH tahu segala kesulitan aku
ALHAMDULILLAH
ALLAH adalah penawar aku dunia akhirat







09 October 2013

Lebih dan kurangnya dalam hidup


the main key is POSITIVE

jangan hiraukan kata-kata orang yang berusaha untuk menjatuhkan kita
stay by your own principe
jangan asyik nak jadi seperti orang lain
jadi diri sendiri
terima kelebihan dan kekurangan diri
INSYAALLAH 
the RIGHT will coming soon
dont give up and keep trying and trying


23 February 2013

Dulu US sekarang UK

Riak tak aku punya post title?  macam poyo je kan. tapi ini realiti. aku selangkah lagi ke depan dalam menuntut ilmu. sebabnya, aku gagal dalam pekerjaan sedih   eh, tak la...mesti ada hikmah di sebalik kejadian yang ALLAH aturkan. di sini aku pasrah redha.  : )

Dulu konon-konon lepas dapat degree bajet dapat kerja terus, tapi cuba punya cuba, hantar resume sana sini, pergi interview merata-rata, aku still tak ada rezeki dalam pekerjaan aku tak pilih kerja tau .



agaknya macam ni la graduate dok line up cari kerja

ayah terus kesian  menyampah tengok aku sebab dok goyang kaki je kat rumah and then ayah bagi cadangan,

"kakak sambung master la ye"

aku menjawab, 

"kak letih nak belajaq dah la ayah"tu ayat time undergraduate

"boleh gak noh, tambah ilmu lepas tu boleh tebus frust time degree dulu"

bila bukak permohonan aku terus apply and hasut sorang bestfriend aku untuk apply sekali, luckily she's agree...hoooyyeeaaahhh...

macam-macam cabaran time nak register course, time nak proceed untuk register masuk, akhirnya ALHAMDULILLAH berjaya juga aku jejak kaki di UKM. fyi, aku dulu undergraduate di USM, sebab tu title dia agak international. bajet united kingdom ngan united states.

di sini, aku masih lagi cuba untuk sesuaikan diri dengan UKM ni, tapi, aku puas hati sebab lecturer kat sini semua mesra pelajar. lecturer usm pun baik jugak apa : ) USM di hatiku.

sebenarnya setiap perkara perlu dimulakan dengan niat, jika berniat baik nescaya kita akan berjaya dan sebaliknya. mungkin aku akan mengalami perubahan diri kepada yang lebih baik di sini. day by day i can feel the changes. semoga ALLAH tetapkan hati aku. AMIN.

aku sangat-sangat berterima kasih dekat famili aku especially ayah sebab bagi aku peluang and semangat kat aku untuk sambung belajar....ccrying for a while..

aku sayang mereka




18 May 2012

DIAM


saya manusia biasa
ada hati dan perasaan
tak minta perhatian
hanya perlu dihargai walaupun sedikit

p/s : dah tahu siapa yg boleh jd sahabat @ kawan biasa

09 January 2012

Saya Tak Minta...

saya tak minta dipuji bila ada famili yang kaya..

saya tak minta dipuji bila dapat result gempak...

saya tak minta dipuji bila dapat tawaran belajar kat universiti..

saya tak minta dipuji bila result lebih better dari kawan2 yang lain..

saya tak minta dipuji bila berpakaian cantik...

saya tak minta dipuji bila pakai shawl lain dari orang lain..

saya tak minta dipuji bila mekap lawa2...

saya tak minta dipuji bila lebih menyerlah dari orang lain...

sebab semua itu hanya membuatkan kita riak.....

jadi bersederhanalah dalam semua keadaan...

sesungguhnya..
hanya ALLAH yang layak dipuji...
segala puji bagi ALLAH..
ALHAMDULILLAH..


>_<

09 December 2011

No Title..


i'm not a robot who doesn't have feelings..

but..
i'm a human..

16 November 2011

Pedoman

salam...
aku tak berapa suka sangat nasyid..
setakat nak dengar boleh la..
tapi kalo nak jadi kipas susah mati genre nasid ni..
sorry to say..
aku tak berminat..

tiba2..
satu hari..
aku terjumpa lagu Pedoman by Nora ft. VOU kat you tube..
sedap giler...

lirik dia best...



the lyrics :

Roda waktu tak pernah menunggu
Pergi terus berlalu
Segala dosa segala belenggu
Sesal menikam jiwa kuhiba, terasa
KebesaranMu… Lantas kutadah, berdoa

Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah jalan yang kau redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila kumenjauh,
Kembali ke pangkal jalan

Cahaya rahmatMu menyinar bahagia
Syukur hatiku rasa
Bergetar tubuh kusebut namaMu
Yang Maha Esa, Maha Pengasih Penyayang
KurniaanMu lantas kusujud, bersyukur

Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah, jalan yang kau redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila kumenjauh,
Kembali ke pangkal jalan

Oooooooooooo……

Biar pedoman ini
Berkekalan dihati, selamanya
Pengubat jiwa, penyinar bahagia
Inilah kasih yang kita damba

Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah
Jalan yang kau redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila kumenjauh,
Kembali ke pangkal jalan …

13 November 2011

Hari itu tiba juga..

salam..
12 November 2011..
i had attended my friend's wedding..

when i got her invitation..
terkejut akak..
haha..

alhamdulillah..
the first word i can say throught my little lips..

during her kenduri..
enjoy the pic..
even tak guna dslr..
gambaq lawa jugak..
hehe..


anak-anak dara dengan isteri orang..
tunggu turn je ni..


kami...


kami lagi..


aku & pengantin perempuan..
ambik berkat..


nak kacau sikit..
hehe..


the bride..


hantarans..

my wishes for them..
jaga rumah tangga tu elok2...
semoga perkahwinan Muni & suami diberkati ALLAH..

^_^


25 October 2011

Adore Her Voice

salam...
straight to the point ok..
aku nak cakap yang aku dah jatuh cinta dengan suara budak ni..
Amalia Alias...

camne aku leh jumpa video dia?
serius aku lupa..
haha..

dia suka wat cover untuk lagu2 korea...
even blajar kat Jepun...
ada jugak lagu melayu uolllss...

enjoy her song ok !!







22 October 2011

Best birthday ever

salam..
happy birthday to me!!!
yeahhh...
umur aku dah 22...
21st Oktober 2011..
alhamdulillah sebab diberi peluang oleh Pencipta untuk
aku terus berbakti kat dunia ni..

tahun ni aku rasa birthday yang paling havoc..
i loikkee..
hehe..

aku dapat wish dari :
family
yang tersayang
kawan2..

i got surprise from my roommate & my classmate..
ohh dear..
i really appreciate that..
no wonder la aku tengok dorang pelik je perangai masing2..
cam nak sembunyikan sesuatu dari aku..

ni la makcik2 yang dah buat birthday
aku jadi best..

meh sini nak promote si cantik jelita ni..
from left : nana, izah, ika, ju, sya

sorang lagi..

kak sarah..
please jangan marah saya ye kak..


the delicious cake..
my feveret choc cake..
aku rasa heaven sangat bila suap kek tu dalam mulut..
sedap..
dorang cakap tu kek secret recipe..
padahal...
hahaha...

the present & wishes











dorang ni cam tahu2 je aku addicted ngan benda2 ni..
btw tq gegurl..

^_^


21 October 2011

My Eye Candy

salam..
ohh!!
i really miss them..
since i'm in the third year student..
i didn't have enough time to back home & see them..





aku letak 3 gambar ni bukannya apa pun..
seronok tengok ekspressi muka adwa...

17 October 2011

Pesan Saya

salam..
kalau nak serang..
pakai helmet dulu...


jangan main serbu je..


^,^

07 October 2011

Hey You

salam..
for those who doesn't have self-esteem..
you should hear this song..
and understand the lyrics..
it will give you inspiration..

i want to say that....
ALLAH's creatures is really beautiful..
all of us are beautiful..



the song title : hey you
by : miranda cosgrove


22 September 2011

8 years already


Who should I give my love to?
My respect and my honour to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
Your mother (My mother)

Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother

Who should I stay rigt close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Comb your hair
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother

Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother.

(song by Yusof Islam)

when i heard this song..
totally reminds me of my memory with my late mother..
i really miss her so much..
8 years is a long time..

alhamdulillah..
althought i lost her..
i still have my dad and my sibling to make me happy in my life..
ohh mama..
kakak rindu mama sangat..
i really love you...

al-fatihah




14 September 2011

Saya tahu saya tak cantik

Mak aii...4 bulan x update..
since jadi babysitter ni susah betol nak bukak blog..
sibuk la katakan..
hehe

bila  dapat bukak blog..
perghhh...
berduyun duyun idea nak keluaq..
tapi yang ni je mampu aku share..
tu pun copy paste dari I Luv Islam
aku tertarik sangat dengan artikel ni...
artikel ni buat aku sedar yang semua ciptaan Allah ada kelebihan masing2..

aku ambik yang aku rasa menarik perhatian aku je..
selebihnya korang baca kat link kat atas tu ye..

Saya tahu saya tidak cantik.. Tapi, walaupun saya tidak cantik, saya tetap ada kelebihan..
Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.
Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.
Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.
Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.
Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.
Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya.
Kerana saya tahu.. Saya tidak cantik pada pandangan manusia.. Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH.. Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar... Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak..


sebenarnya Allah dah cipta dengan sebaik baik kejadian dah..
tinggal kita yang nak gunakan kejadian tu kearah mana..


jangan jadi macam ni sudah..
tak mensyukuri kurniaan Allah..
sampai nak ubah semua ciptaan Allah..

p/s : feeling ustazah sat..haha..


23 April 2011

Mencari Remedi Stress...

salam...
aku stress..
yg tu je aku boleh cakap...
i need remedies to overcome my stress...

cara aku reduce stress macam biasa je..
apa salahnya kalo aku nak share kan...

1. dok sorang2 pastu tengok gambar dalam laptop
aku selalu wat macam ni bila stress....
aku melingkar atas katil...
on laptop..
bukak folder gambar...
pastu konform aku gelak sorang2 sbb tengok gambar tu..
ye la...
tengok perubahan diri kita...
dari yg tak tahu nak bawak diri sampai la boleh jadi model dah...


2. aku suka beriadah ngan jalan2
yang ni paling best....
jalan2 kat tasik USM...
naik basikal...
joging kat gunung jerai...
biaq keluar peluh sikit...
biar kaki sakit...
tapi puas giler...



3. memaafkan orang yang wat dajal kat kita
yang ni susah sikit aku nak buat...
sebab aku akan bertambah marah kat orang yg wat jahat kat aku...
dendam2 aku pown tak lama...
bila nak tido...
aku akan maafkan semua orang walaupun kejahatan yang dia buat kat aku sangat jahat..
so..
kepada yang pernah wat jahat kat aku..
jangan risau..
aku dah maafkan korang....


4. makan
coklat adalah pilihan utama aku...
kalau aku beli coklat tu maknanya aku tengah stress ataupun akan stress..
haha..
sedapnya kalau dapat sekarang ni...
nyumm2...

this is my best choice..
that why my name is choco lovers..
haha..
time ni la selera makan aku akan mem
buak-buak..
macam perut ni dah tahap tong dah..

5. cari seseorang untuk luah perasaan
aku akan cari seseorang yang aku betul2 percaya...
selalunya adik kembaq aku & orang tu...
kesian kat dorang sebab terpaksa tahan telinga dengar masalah aku..
pastu lenguh jari sebab dok taip mesej nasihatkan aku..
by da way..
thanks so much..

telinga budak ni dah penuh dengaq masalah aku since mama x da..

6. luahkan perasaan dalam twitter
kesian gak kat twitter ni..
dia pon jadi mangsa gak...


7. doa dan tawakal kepada ALLAH
yang ni paling penting...
sebab ALLAH adalah segala-galanya..
berdoa & minta keampunan dari-Nya...


sebenarnya aku nak cukupkan 10..
tapi tak larat nak taip la pulak...
hehehe...

^_^

apa2 pun senyum...
walaupun dalam hati ALLAH je yang tahu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...